Friday, April 7, 2017

LONCATAN ENERGI, daripada MENCARI REZEKI kepada DICARI REZEKI




Ada orang yang MENCARI rezeki, ada orang yang DICARI rezeki.
Pada suatu hari seorang Sufi mendatangi sahabatnya........

Tekaknya haus dan perutnya lapar. Dia berharap akan ada sesuatu di rumah sahabatnya yang boleh disantap.

Kebetulan waktu sudah tengah hari, dan pembantu sahabatnya itu pun sedang menyiapkan makanan.
Dari luar rumah sudah tercium bau masakan yang begitu enak, membuat sang Sufi semakin diserang rasa lapar.

Dia lantas memberi salam. Kedengan suara sahabatnya lembut menyambut salamnya.
Dia melangkah masuk. Si sahabat kelihatan sedang duduk di kerusi ruang tamu sambil memegang tasbih berwarna coklat terbuat dari kayu kokka.
"Silakan duduk sahabatku. Aku tahu engkau lapar. Pembantuku sedang menyiapkan makanan yang sangat enak. Bersabarlah sebentar. Sambil menunggu marilah kita berzikir memuji Allah yang maha pemurah".

"Alhamdulillah syukur. Kebetulan aku begitu lapar dan haus. Baik mari kita sama berzikir", jawab sang sufi dengan hati berbunga kerana tahu sebentar lagi rasa haus dan laparnya akan lega.

Sahabatnya itu memang.... Begitu tajam nalurinya sehingga mampu membaca isi hatinya.

Keadaan hening. Mereka khusyuk berzikir. Suara burung-burung kedengaran berbunyi merdu diluar, silih berganti dengan gemersik suara daun-daun ditiup angin.

Sebentar kemudian, pelayan pun keluar membawa makanan di atas talam. Dua keping roti, semangkuk kari kambing, dan dua gelas air sejuk. Bau kari kambing itu sangat menyelerakan membuat selera sang sufi naik mendadak.

"Alhamdulillah, besar nian rezeki Allah kepada kita", kata si sahabat.

"Mari kita mulakan dengan berdoa sebagai tanda syukur kepada Allah atas rezeki ini", sambungnya lagi.

Tiba-tiba,

"Assalamualaikum!"

Dari luar rumah kedengaran suara seorang wanita memberi salam.

Si sahabat menjawab salam lalu bangkit berjalan menuju ke pintu untuk melihat siapa gerangan yang memberi salam.
Kelihatan seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kanak-kanak dengan pakaian yang begitu daif, pipi yang cengkung badan yang kelihatan lemah kerana jarang mendapat makanan... Kasihan.....

" Tuan yang mulia," kata si ibu. "Kami sudah dua hari tidak makan apapa. Hanya minum air sahaja. Sudilah kiranya tuan bermurah hati berbagi rezeki dengan kami yang sedang kelaparan ini", ucapnya dengan suara yang sayu dan lemah.

Tanpa berfikir panjang, si sahabat masuk semula ke dalam rumah. Dia mengangkat talam berisi makanan dan air minum itu, membawanya keluar dan memberikannya kepada si ibu dan dua anaknya yang menyambut dengan begitu riang gembira.

Sang sufi terkejut, merasa hampa dan kecewa dengan tindakan sahabatnya. Dia pun haus dan lapar. Tapi sang guru sudah memberikan semua makanan kepada wanita tadi dan anak-anaknya.
Dengan nada kesal dia berkata,

"Bagaimana engkau ini sahabat. Aku ini tamu mu yang datang dari jauh melawatmu dalam keadaan haus dan lapar. Tapi semua minuman dan makanan engkau berikan pula kepada orang lain".

"Si ibu dan dua anaknya itu lebih memerlukan daripada kita sahabat. Sabarlah, kita sudah biasa berpuasa. Mari kita teruskan zikir", sahut sahabatnya dengan tenang.

Walaupun dengan hati terbuku, si sufi ikut saja.... Nampaknya malam lah baru dapat makan ni, gumamnya di dalam hati.

Selang berapa ketika kemudian....... ada lagi suara orang yang memberi salam.

Lalu.........

"Tuan guru, keluarga kami baru sahaja kenduri akikah untuk putera kami yang baru lahir. Ini ada juadah yang kami niatkan sebagai sedekah dengan harapan anak kami mendapat keberkatan tuan guru", kata tamu itu, seorang lelaki yang datang betiga dengan 2 orang anak gadis yang mungkin anak-anaknya, membawa 3 dulang berisi penuh makanan dan minuman yang begitu harum baunya dan sangat menyelerakan.

Setelah mereka beredar, berkatalah si tuan rumah kepada sang sufi,

"Sahabatku, ilmu mu sangat banyak dan pengetahuan mu sangat tinggi. Namun kau kurang keyakinan atas rezeki dari kakayaan Tuhan yang maha luas. Milikilah sedikit keyakinan, bahawa Tuhan itu maha pemurah dan akan mencukupi semua keperlua kita... Asalkan kita selalu menjaga hak-haknya".

Sang sufi diam menginsafi kebenaran kata-kata sahabatnya.

Lalu mereka pun bersantap dengan hati penuh kesyukuran.

Dan sang sufi mendapat pelajaran berharga.......

Ilmu banyak, pengetahuan tinggi, tapi kurang keyakinan....

Berapa banyak kita yang begini, yang selalu ragu dengan jaminan rezeki dari Allah?

Kita tahu Allah maha kaya dan pemurah, tapi kita tidak yakin bahawa Allah maha kaya dan pemurah.... Sudah itu, kita ragu akan kecukupan sokongan keperluan hidup dariNya.

Ketahuilah...... Orang-orang yang yakin lebih tinggi vibrasi energinya daripada orang-orang yang berilmu pengetahuan.

Jadi siapakah orang-orang yang MENCARI rezeki dan siapa pula yang DICARI rezeki?
Ok...........

Berdasarkan kisah di atas, saya yakin anda semua sudah tahu jawapannya.

Atau mungkin masih samar di kesedaran anda.

Kerana saya yakin anda pasti mahu DICARI oleh rezeki kan? Siapalah yang tidak mahu 😅
Baik...........

Kisah di atas adalah kisah benar tentang pejalanan seorang Sufi. Anda tentu tahu sufi kan? Sufi adalah para spiritualist yang mendedikasikan seluruh hidupnya melatih rohaninya untuk mendekat dan mengenal Allah.

Dari kisah di atas, kelihatan bahawa keyakinan itu lebih tinggi darjatnya daripada pengetahuan.
Tahu tapi tidak Yakin.......

Kan kita selalu begitu... Sudah banyak ilmu kita tahu. Sudah banyak kelas, seminar, dan kursus kita ikut tentang cara-cara menjana wang, tentang cara-cara menarik rezeki.

Sayangnya........ kita selalu mencari rezeki tapi tidak kunjung bertemu, atau bertemu pun selalu tidak mencukupi.

Kenapa ya?

Satu jawapan yang pasti... Kerana kita suka ragu, dan keraguan membuat tindakan kita lambat, atau tindakan kita tidak tepat.

Keyakinanlah yang membuat rezeki MENCARI kita. Iaitu RASA keyakinan yang benar-benar dalam, bahawa Allah itu ada, dan Allah itu Maha Kaya, lalu Allah itu Maha Pemurah dan Pemberi. Sifatnya yang Maha Pemurah dan Pemberi itu akan mencukupi semua keperluan kita, keluarga kita dan orang-orang dibawah tanggungan kita.

Setakat mengetahui sahaja bahawa Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Pemberi dan Maha Mencukupkan keperluan kita, tidak cukup.... Kita harus yakin bahawa benarlah Allah itu benar-benar begitu, dengan sebenar-benar RASA yakin. Keyakinan ini akan jadi PENARIK rezeki, membuat rezeki MENCARI kita. Inilah Law of Attraction, atau Law of Belief.
Saya ulang... Baca ya....... Biar makin dalam masuk ke hati........

Setakat mengetahui sahaja bahawa Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Pemberi dan Maha Mencukupkan keperluan kita, tidak cukup.... Kita harus yakin bahawa benarlah Allah itu benar-benar begitu, dengan sebenar-benar RASA yakin. Keyakinan ini akan jadi PENARIK rezeki, membuat rezeki MENCARI kita. Inilah Law of Attraction, atau Law of Belief.
Pengetahuan adalah energi statik. Manakala Keyakinan adalah energi dinamik, energi yang bergerak dan bekerja melakukan perubahan.

Kita harus melakukan LONCATAN ENERGI, dari Pengetahuan kepada Keyakinan... Biar kita DICARI rezeki, bukan kita MENCARI rezeki.

Sebab.... Kalau rezeki MENCARI kita, percayalah akan ada sahaja jalannya ia sampai kepada kita.
Tapi... Kalau kita yang MENCARI rezeki, akan ada saja jalannya ia terlepas dari kita. Biasa mengalami kan?

Kita DICARI rezeki.... Mahu? Tentulah.....

Kalau begitu..... Marilah kita mula membina keyakinan. Dan untuk membina keyakinan, kita harus banyak berzikir mengingati Allah.

Keraguan adalah aura-aura kusam yang menyelubungi hati kita, yang menghalang aura keyakinan yang berada di dalam hati untuk muncul bersinar. Ia jarus dibersihkan dengan zikir sehinggalah aura keyakinan bersinar dari hati kita dengan terang benderang.

Ayuh.... Mulakan berzikir tidak kira waktu. Lakukan connection kepada Allah tanpa batas dan tanpa jemu.

Mulanya memang tidak menyenangkan bahkan mungkin terasa menyusahkan, berat, membebankan, bikin stress, bahkan mungkin menyakitkan. Itu adalah fasa pembersihan aura-aura kusam tadi. Teruskan saja.... Lanjutkan dengan semangat yang kuat. Saya yakin anda kuat.......

Ketika hati sudah bersih, RASA keyakinan jadi REAL!

Ketika hati sudah bersih, RASA keyakinan jadi REAL!

Ya baca lagi.... Biar meresep ke hati....

Ketika hati sudah bersih, RASA keyakinan jadi REAL!

Lakukanlah LONCATAN ENERGI dari tahap rendah ke tahap tinggi.

Anda boleh gunakan Wangian 7 Aura sebagai bantuan agar proses pembersihan aura-aura kusam lebih mudah, dan proses LONCATAN ENERGI lebih cepat, kerana Wangian 7 Aura itu mengandungi energi spiritual yang tinggi.

Ada beberapa sahabat memberitahu, LONCATAN ENERGI mereka jadi lebih mudah dengan medium Wangian 7 Aura.

Mudahan anda juga begitu, kerana saya ingin anda begitu.... Saya ingin kita sama-sama DICARI rezeki, bukan lagi MENCARI rezeki, kerana itu memenatkan... Kan?

"Zikirlah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan" - quran
Kalau ditafsir ke bahasa energi yang sama erti:

"Tingkatkanlah getaran energi kamu setinggi-tingginya agar semua perkara positif tertarik kepada kamu melalui hukum alam Law of Attaraction"

Kerana .... Zikir itu meningkatkan energi!

Berbagilah pencerahan ini dengan orang lain.

Kadang pencerahan yang kecil menjadi titik perubahan besar bagi orang lain, dan pahalanya pastilah kita dapat.

Selamat DICARI rezeki..............

Salam sayang dari lubuk hati paling dalam 😊🙏

Hubungi hotline ➡️ 010-8089786 (ARIF)

#Wangian7Aura

... Love no Limit ...

http://ariffmahdiresources.blogspot.co.id





No comments:

Post a Comment